KEMAMAN – Seorang ibu dan anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas kereta yang dinaiki terbabas di kilometer 264 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, Fatimah Al Zahrah Zainol Abidin, 32, dan Al Fateh Mohd Shahrulnizam, 3, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Mangsa bersama suami, Mohd Shahrulnizam Alias, 32, dan seorang lagi anak mereka Al Faris, 6, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Damansara, Selangor, dan dipercayai kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Mohd Shahrulnizam hilang kawalan sebelum merempuh pagar penghadang lebuh raya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu Abdul Razak Hasan berkata suami mangsa hanya mengalami cedera ringan manakala Al Faris patah kaki kiri.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam. – BERNAMA