Impian Siti Nak Jadi "SuperWoman" Akhirnya Tercapai


IMPIAN untuk menjadi superwoman yang diidamkan oleh Datuk Siti Nurhaliza nampaknya menjadi kenyataan menerusi projek terbaru beliau yang akan dilancarkan pada 5 Mei akan datang.

Siti, 38, memberitahu impiannya itu dilaksanakan menerusi single terbarunya dalam album Simetrisiti.

“Sebenarnya sejak kecil lagi saya mahu menjadi seorang superwoman, tetapi ianya mustahil unutk direalisasikan. jadi, saya zahirkan impian tersebut melalui video muzik dalam single terbaru saya, Segala perasaan.

“Dalam video itu, saya beraksi sebagai seorang superwoman dan jalan cerita serta prop yang digunakan juga menunjukkan bahawa saya mempunya kuasa luar biasa.

“Setelah berbincang dengan pengurusan, impian saya ahirnya berkaya dilaksanakan. Malah saya juga mendapat tunjuk ajar daripada seni mempertahankan diri MMA yang mengajar saya teknik-teknik pertempuran,” katanya kepada mStar.

Seterusnya, Siti juga meluahkan rasa bangganya kerana pada tahun ini ramai penyanyi lain turut melancarkan album seperti Datuk Sheila Majid dan Dayang Nurfaizah.

“Kemunculan itu membuktikan industri kita masih hidup dan ia juga sebagai tanda penyanyi-penyanyi senior masih hebat dan berkualiti.

“Lebih membanggakan, syarikat rakaman juga menyokong dan mereka turut sama memikirkan bagaimana mahu menghasilkan produk terbaik untuk artis masing-masing,” ujarnya. –Kedahnews.com