CALIFORNIA - Syarikat elektronik gergasi Apple, bakal menggunakan teknologi paparan skrin 'musuh ketatnya', Samsung apabila dilaporkan menempah teknologi diod lampu organik (OLED) sebanyak 70 juta unit.
Menurut laporan Nikkei, syarikat yang beribu pejabat di California itu menempah teknologi tersebut untuk digunakan dalam pembuatan produk terbaharu Apple, iPhone 8 yang dijangka diperkenalkan pada tahun depan.
"Apple menempah 70 juta unit panel OLED daripada Samsung pada tahun ini.
"Samsung akan menghasilkan 90 unit OLED sebagai langkah persediaan jika terdapat lebihan permintaan," tambah laporan itu.
Bagaimanapun Samsung enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu dan menyatakan pihaknya tidak boleh mendedahkan tempahan yang dibuat oleh pelanggan.
Tahun lalu, media Korea Utara melaporkan, Samsung menandatangani perjanjian dengan Apple dengan nilai tiga trilion won (RM11.8 juta) bagi membekalkan 100 juta unit panel OLED untuk digunakan dalam produk iPhone.
Nikkei melaporkan, terdapat tiga model baharu akan dikeluarkan sempena sambutan ulang tahun ke-10 produk terkemukan Apple, iPhone.
Antara produk yang dikeluarkan mempunyai ciri paparan skrin OLED berukuran 5.2 inci manakala dua lagi model menggunakan paparan cecair kristal (LCD) berukuran 4.7 inci dan 5.5 inci.
Apple tidak pernah menggunakan panel OLED pada produk sebelum ini.
Sumber: mStar