ALOR SETAR - Permodalan Kedah Berhad (PKB) tidak berniat menganiaya penduduk kampung berhubung pengambilan tanah di Kampung Baru, Pokok Sena, namun hanya bertujuan membangunkan penduduk di kawasan berkenaan dengan kehidupan yang lebih baik.
Menurut sumber dalaman PKB, pihaknya sudah memberikan tawaran terbaik dengan menawarkan sebidang tanah dan sebuah rumah bagi setiap keluarga yang terbabit dalam pengambilan tanah tersebut sebagai pampasan.
"Kami tawarkan hak milik tanah atas nama mereka, sebuah rumah yang sempurna, jalan pun kami buat untuk kemudahan mereka.
"Langsung tiada niat mahu susahkan penduduk kampung di sana. Kami faham perasaan mereka, maka kerana itulah kami tawarkan sesuatu yang setimpal. Dari tidak memiliki geran tanah, kami tawarkan hak milik tanah dengan rumah sekali," kata sumber berkenaan kepada Kedahnews.com, di sini hari ini.
Difahamkan, PKB menawarkan sebidang tanah berkeluasan lebih 3,800 kaki persegi beserta geran tanah di atas nama setiap ketua isi rumah terbabit dan sebuah rumah sebagai pampasan yang dianggar bernilai lebih RM50,000.
Kata sumber berkenaan lagi, sebidang tanah milik PKB yang terletak di tepi jalan besar dan bersebelahan dengan tapak loji kumbahan berkenaan sememangnya kawasan yang lebih rendah, namun tidak sesuai untuk dijadikan tapak loji kumbahan.
Secara teknikal, beliau menjelaskan bahawa sesebuah loji kumbahan perlu dibina di tapak yang lebih tinggi bagi memastikan kelancaran pemprosesan sisa kumbahan dapat berjalan dengan baik dan mengikut spesifikasi.
"Untuk membina loji kumbahan, memang ia memerlukan kawasan yang tinggi bagi tujuan pengaliran secara natural. Teknikalnya memang begitu.
"Tanyalah mana-mana jurutera sekalipun. Ia tidak seperti yang dibayangkan logik akal kita yang kononnya loji kumbahan perlu dibina di tempat yang rendah," jelasnya lagi.
Berhubung dengan status tanah TOL yang ditegaskan wakil penduduk kampung tersebut, sumber berkenaan menjelaskan bahawa tanah itu sememangnya tetap milik kerajaan yang berhak diambil pada bila-bila masa sahaja.
Jelasnya, meskipun boleh diambil begitu saja tanpa memberi sebarang pampasan dari sudut perundangan, namun pihak PKB berbesar hati untuk menyediakan pampasan yang bersesuaian demi memastikan kehidupan 16 isi rumah di kampung berkenaan terbela.
Selain itu, turut difahamkan bahawa PKB telah mendapat kelulusan untuk membina taman perumahan mampu milik untuk rakyat di sekitar Pokok Sena dan loji kumbahan berkenaan merupakan salah satu infrastruktur yang perlu.
Sumber berkenaan turut menjelaskan bahawa projek perumahan tersebut telah dirancang seawal tahun 2013 dan diluluskan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kemudiannya, serta dijangka bermula tidak lama lagi.
"Sebelum ini Datuk Seri Mukhriz pun pernah bertanya mengapa projek ini agak lewat dari perancangan asal, dan kami hanya meneruskan apa yang beliau luluskan saja ketika Kedah ditadbir oleh Datuk Seri Ahmad Bashah," jelasnya lagi.
Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun DAP Derga, Tan Kok Yew, hadir bertemu dengan PKB di Wisma PKNK di sini dan menuntut Menteri Besar supaya campur tangan dalam hal membabitkan isu pengambil alihan tanah tersebut.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah wakil penduduk, Noorhanita Ali, dan beberapa penduduk lain dari kampung berkenaan. - Kedahnews.com