BANGKOK – Masyarakat Islam di Malaysia diminta agar tidak keliru antara proses Arabisasi dan tuntutan Islamisasi.
Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, (GMM) Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa berkata Arabisasi menjadi trend yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di rantau ini.
“Yang perlu dihidupkan adalah proses Islamisasi dan bukannya Arabisasi, sebab bukan semua Arab itu adalah Islam.
“Islam juga datang bukan untuk menghapuskan budaya, bangsa dan sebagainya. Jadi yang paling penting kepada kita adalah dasar-dasar Islam itu daripada sumber-sumbernya al-Quran, sunnah dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.
Nasharudin yang dilantik mengetuai GMM pada 2015 berkata ramai yang hendak menjadi Arab kerana menjangkakan Arab itu adalah Islam dan Islam itu adalah Arab, yang pendapat itu adalah salah sama sekali.
Rumpun Melayu katanya amat kaya dengan khazanah budaya tersendiri yang tidak bercanggah dengan syarak.
“Selagi mana budaya itu tidak bercanggah dengan syarak, ia tidak ada halangan dalam Islam. Tetapi jikalau budaya dan peradapan itu bercanggah dengan syarak, itu adalah isu lain,” katanya.
Ajaran agama Islam bukanlah sesuatu yang sempit dan ketat, kerana Islam memberikan ruang kepada bangsa dan budaya, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak, menurut Nasharudin.
Beliau berada di sini bagi menyampaikan ucaptama dalam seminar kesederhanaan di Universiti Chulalongkorn.
Seminar bertajuk ‘Kesederhanaan: Pendekatan Bagi Menghadapi Transisi Global Mengenai ASEAN-Thailand’ dihadiri cendekiawan Islam di Thailand.
Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr. Surin Pitsuwan turut hadir.
Dalam ucapannya, Surin yang merupakan bekas Menteri Luar Thailand berkata Malaysia dan Indonesia kini sedang berhadapan dengan masalah berkaitan Arabisasi terhadap budaya mereka. – BERNAMA