KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta''zim (JDT) mengetuai kemaraan 11 pasukan Liga Super ke saingan Piala Malaysia 2017 yang dijadualkan berlangsung Julai nanti.
Berdasarkan format Piala Malaysia, 11 pasukan teratas Liga Super serta lima pasukan teratas Liga Perdana, mara ke Piala Malaysia setelah berakhirnya pusingan pertama liga masing-masing iaitu 11 perlawanan.
Sepuluh lagi pasukan Liga Super yang turut mengesahkan tiket ke Piala Malaysia adalah Pahang, Kedah, Felda United, Sarawak, Perak, PKNS FC, Melaka United, Kelantan, Selangor dan T-Team.
Lima pasukan Liga Perdana yang mengesahkan tiket ke saingan Piala Malaysia adalah Negeri Sembilan, Terengganu, PKNP FC, Kuala Lumpur dan UiTM FC.
Dalam pada itu, JDT mengukuhan cengkaman di persada Liga Super setelah menang tipis 2-1 ke atas pasukan tercorot liga, Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, malam ini.
Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Gonzalo Gabriel Cabrera pada minit keenam dan Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-25 sebelum Muhammad Rafiuddin Roddin mengurangkan defisit jaringan untuk Pulau Pinang setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-40.
Pahang dan Kedah pula masing-masing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga carta Liga Super walaupun sekadar mengutip satu mata ketika berdepan lawan masing-masing.
Pahang seri 1-1 dengan Felda United pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala Kedah turut mencatat keputusan sama menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh.
Kelantan turut meraih satu mata setelah seri tanpa jaringan menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.
Dalam pada itu, T-Team kembali meraih kemenangan setelah menewaskan Selangor 1-0 hasil jaringan Muhammad Fauzi Abdul Kadar pada minit ke-88 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
PKNS FC dan Melaka United pula terus menghuni kelompok bawahan liga setelah seri 2-2 pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Dua gol skuad Semut Merah dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-36 dan Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-40 manakala dua gol Melaka United disumbangkan oleh Ilija Spasojevic menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 dan gol padang pada minit ke-43. -Bernama