ALOR SETAR - Loji rawatan air Syarikat Air Darul Aman (SADA) Sungai Santap, Pokok Sena dijangka mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan di beberapa daerah negeri ini, apabila siap sepenuhnya November ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ia akan memberi manfaat kepada 13,000 isi rumah sekitar Pokok Sena, utara Pendang dan selatan Padang Terap, sekali gus turut menyelesaikan tekanan air rendah di sekitar Alor Setar.
Katanya, pengguna di Alor Setar tidak lagi perlu berkongsi loji rawatan air Bukit Pinang di sini, yang hanya berkapasiti 20 juta liter air sehari.
"Loji air Bukit Pinang tidak mampu menampung keperluan air penduduk secara serentak terutama musim perayaan.
"Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Persekutuan meluluskan RM54 juta bagi pembinaan loji air baharu di sini dan ia mula dibina pada November tahun lalu dengan kemampuan menyalurkan air kepada 65,000 isi rumah.
"Pembinaan loji rawatan air Pokok Sena yang berkapasiti 30 juta liter sehari nanti akan terus disalurkan ke tangki besar yang terletak kira-kira tujuh kilometer (km) dari loji ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat tapak loji rawatan air SADA di Sungai Santap, Pokok Sena di sini, semalam.
Ahmad Bashah berkata, sehingga kini, projek ini sudah siap 60 peratus dan berkemungkinan dapat disiapkan sebelum Aidilfitri nanti.
"Jika boleh kita memang nak cepat supaya penduduk tidak menghadapi masalah bekalan air semasa raya nanti," katanya.
Sumber: BH Online