Empat buah rumah kedai terlibat dalam kebakaran. |
GUAR CHEMPEDAK - Seorang pemilik kedai runcit di pekan ini nekad untuk terjun dari tingkat dua bangunan kedainya bagi menyelamatkan diri daripada api dalam satu kejadian kebakaran pada jam 4 petang, kelmarin.
Ahli keluarga pemilik kedai berkenaan, Teoh Choon Hock, 45, berkata abang iparnya itu terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan ekoran mengalami kecederaan ketika menyelamatkan diri.
Choon Hock berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Yan ke Gurun dan terkejut apabila melalui jalan tersebut.
"Saya dalam perjalanan dari Yan nak ke Gurun dan terkejut apabila melalui jalan di hadapan kedai milik abang ipar dan ternampak api sedang marak.
"Saya cepat-cepat memberhentikan kereta untuk melihat kejadian tersebut. Apabila masuk ke dalam kedai kakak saya beritahu yang abang ipar saya ada di tingkat atas kedai dan sedang melihat apa yang terjadi.
"Saya bergegas ke tingkat atas dan melihat abang ipar sudah tiada dan api sedang marak pada ketika itu," katanya.
Tambahnya, kedai berkenaan turut menjadi tempat tinggal abang iparnya sekeluarga sejak beberapa tahun lalu.
Seorang pekerja kedai berkenaan yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia baru sahaja pulang dari rehat.
"Saya keluar rehat pada jam 2.30 petang dan balik semula ke kedai pada jam 4 petang Ketika balik keadaan sudah huru-hara dan saya tidak mampu berbuat apa," katanya.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba Guar Chempedak, Pegawai Bomba Kanan ll, Asmawi Bakar berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.47 petang dan tiba di lokasi pada jam 3.53 petang.
"Setiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati empat buah rumah kedai terlibat dalam kebakaran tersebut," katanya.
Katanya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
Sumber: Sinar Harian