ALOR SETAR – Enam kakitangan perubatan Hospital Sik cedera dengan dua daripada mereka parah dalam kemalangan di Kilometer 70.3 Lebuhraya Utara-Selatan di Pendang menghala ke Alor Setar.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.53 pagi semalam.
"Kita dapati kenderaan jenis Toyota Fortuner milik Kementerian Kesihatan Malaysia terbalik dan terdapat enam mangsa di dalamnya.
"Semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan tiga daripada mereka dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA