Seorang remaja masih dapat menahan kesakitan meskipun kepalanya hampir putus akibat diserang dengan pisau oleh perompak.
Malah, dia juga masih mampu berjalan untuk mendapatkan bantuan.
Pablo Patrik terpaksa berjalan dalam keadaan tegak sambil memegang kepalanya. Dia ditemui oleh pasukan perubatan ketika duduk di tepi jalan di Ponta da Vigia, Penha di Brazil.
Pisau telah digunakan oleh perompak untuk memotong separuh leher mangsa yang berusia 18 tahun itu, sehingga mendedahkan tisu dan otot.
Meskipun hampir putus kepala, remaja itu berada dalam keadaan tenang tatkala menceritakan mengenai kejadian ngeri tersebut kepada petugas perubatan.
Menurut Pablo, dia diserang sekitar pukul 8 malam oleh tiga lelaki yang turut merompak telefon bimbitnya. Dia cuba melawan namun mereka lebih kuat daripadanya dan menggunakan pisau untuk cuba memotong kepalanya.
Namun Pablo terselamat apabila dia berpura-pura meninggal dunia dan mereka kemudian mencampakkan remaja lelaki tersebut ke dalam kawasan hutan berhampiran.
Keesokan paginya, dia bangun dan berjalan di tepi jalan sebelum ditemui oleh seorang anggota bomba yang kemudiannya menghubungi talian kecemasan 911.
Dia dibawa ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya. Setakat ini tiada laporan mengenai keadaannya didedahkan. Polis juga sedang mengesan penjenayah terbabit. – Kedahnews.com