Muhamad Subhi menziarahi Shukri di rumahnya |
BALING - Ketua Umno Cawangan Padang Che Mas, Shukri Din terlantar sakit di rumah selepas diserang penyakit strok lapan hari lalu.
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Muhamad Subhi Iliyas berkata, Shukri tidak mampu bertugas seperti biasa akibat serangan mengejut penyakit tersebut.
“Ahli Parlimen Baling dan semua kakitangan Umno Parlimen Baling mendoakan Shukri agar cepat sembuh dan bertugas seperti biasa.
“Khidmatnya amat ditagih dan kita harap selepas ini dapat memimpin kembali Umno Cawangan Padang Che Mas,” katanya di sini, kelmarin.
Terdahulu, Muhamad Subhi mewakili Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menzirahi Shukri di rumahnya dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian.
Sumber: Sinar Harian