KEKOSONGAN posisi ketua jurulatih bola sepak Thailand masih belum diisi selepas Kiatisuk Senamuang melepaskan jawatan tersebut hujung bulan lalu.
Menurut laporan media mengatakan beberapa nama besar dalam bola sepak turut mengintai jawatan di Thailand ini termasuk bekas pembantu kelab Manchester United, Rene Meulensteen.
Bekas pembantu kelab Manchester United, Rene Meulensteen. |
Dia dilaporkan telah bertemu dengan presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Somyot Rabu lalu.
Sementara itu Winfried Schafer yang pernah mengendalikan skuad Thailand sebelum ini turut dilaporkan bertemu pegawai FAT awal minggu lalu.
Bekas jurulatih Cameroon,vWinfried Schafer |
Schafer juga merupakan bekas jurulatih Cameroon yang berjaya menjulang trofi Piala Afrika (2002) sebelum membawa mereka layak ke Piala Dunia tahun yang sama.
Bekas pengurus Leicester City, Claudio Ranieri |
Bekas pemain kebangsaan dan jurulatih Brazil, Dunga |
Bekas pemain legenda Brazil, Zico |
Sumber: mStar