Kisah Cinta 6 Hari Selebriti Indonesia Dengan Jutawan Dan Akhirnya...


SELEBRITI Indonesia, Rey Utami telah mengahwini suaminya, Pablo Putera Benua yang juga seorang jutawan selepas hanya enam hari berkenalan menerusi Tinder , iaitu laman web dating terbesar dunia.

Pablo adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pembinaan sementara Rey pula adalah pengacara rancangan kecantikan.

Usia Rey adalah 30 tahun manakala suaminya pula berusia 36 tahun. Selepas bertemu menerusi Tinder, kedua-duanya bertemu pada hari pertama dan mula menjalinkan hubungan.

Pada hari kedua, Pablo menghadiahkan kereta Honda HRV kepada Rey manakala pada hari ketiga pula dia telah membelikan jam mewah bernilai $300,000 dolar.


Sementara pada pertemuan hari keempat pula, Pablo telah melamar Rey dengan cincin berlian dan terus diterima oleh wanita itu.

Selepas itu, pada hari kelima, jutawan berkenaan menemui ibu bapa Rey untuk memperkenalkan dirinya dan pada hari keenam, mereka melakukan persediaan untuk berkahwin.


Pasangan itu berkahwin pada hari ketujuh, iaitu selepas seminggu bertemu dalam satu majlis tertutup. Walaupun perkahwinan itu diadakan pada tahun lepas, namun kisah enam hari detik perkahwinan Rey itu tetap diperkatakan ramai.


Bagaimanapun tidak semuanya manis apabila beberapa bulan selepas berkahwin, pasangan itu dilanda kontroversi apabila jam tangan mewah yang diberikan Pablo kepada Rey itu dikatakan palsu dan Pablo juga dikatakan melakukan kekerasan ke atas isterinya.

Selain itu, Pablo juga dikatakan terlibat dalam penipuan pelaburan dengan beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya. Perniagaannya juga dilaporkan sedang mengalami masalah. –Kedahnews.com