SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan di ladang kelapa sawit berdekatan Taman Desa Aman di sini petang semalam.
Mayat P. Kesevan, 41, dijumpai dalam keadaan terbaring dan mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang, oleh seorang pekerja ladang yang kebetulan mahu ke sebuah tokong yang terdapat di ladang itu, kira-kira 4 petang.
Menurut abang mangsa, P. Prabagaran, 43, kali terakhir mereka berhubung adalah kira-kira 8 malam kelmarin.
“Sebelum itu, dia ada menelefon isterinya untuk bertanya mengenai ibu kami yang berada di hospital. Apabila selesai urusan keluar wad ibu kami, isterinya cuba menelefonnya kembali pada 11 malam tetapi tiada jawapan.
“Pagi tadi, kami cuba mencarinya kerana dia tidak pulang ke rumah. Kami mencarinya di tempat yang selalu dikunjunginya iaitu kedai makan dan kawasan sekitar taman,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Prabagaran berkata, keluarganya hanya mengetahui nasib malang adiknya itu selepas diberitahu orang ramai yang mengatakan ada mayat dijumpai di ladang tersebut.
“Bila ayah saya sampai (di ladang itu), dia dapat mengecam mayat itu adalah adik saya. Kami langsung tidak menyangka dia akan dijumpai di kawasan tersebut memandangkan kawasan itu tidak pernah dikunjunginya.
“Lebih membingungkan tongkat dan payung yang selalu dibawanya turut tiada bersamanya,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa P. Pacayappan, 60, berkata anaknya yang tidak mampu bercakap selepas terlibat dalam kemalangan ketika bekerja beberapa tahun dahulu yang memberi kesan pada tekak dan lehernya, tidak mempunyai musuh.
“Selama ini dia tiada musuh lagi pun dia ini lemah dan tidak mampu berjalan dengan betul…hanya menggunakan tongkat,” katanya. – BERNAMA