ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mencari kaedah terbaru untuk mempercepatkan proses agihan beras fidyah agar tidak berlaku lambakan di masjid negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakarian Othman berkata, kaedah agihan yang diguna pakai ketika ini tidak lagi sesuai kerana perlu melalui banyak peringkat sehingga lambat sampai kepada sasaran.
“Kami meminta orang ramai serta anggota jawatankuasa masjid di negeri ini memberi idea untuk kami cari jalan terbaik bagaimana hendak mempercepatkan agihan kepada penerima.
“Sekarang beras yang kami beli daripada pembekal (kilang) dan yang disumbangkan orang ramai perlu dikumpulkan hingga ada yang rosak, jadi kami nak ia terus diagihkan ke masjid dan penerima juga hadir menerima pada hari yang sama,” katanya kepada pemberita pada majlis Agihan Beras Fidyah negeri Kedah di sini, semalam.
Zakarian berkata, jika masalah ini tidak diselesaikan, isu penjualan beras fidyah di masjid akan berlarutan disebabkan tiada sambutan daripada penerima.
Sementara itu, Zakarian menyeru agar para imam memainkan peranan lebih aktif bagi mengenal pasti golongan asnaf yang memerlukan bantuan.
“Kita ada banyak skim bantuan untuk diberi kepada asnaf termasuk bantuan fakir miskin, baik pulih rumah, membina rumah, bantuan awal persekolahan dan bantuan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang boleh kita bantu, saya minta imam-imam membantu kita,” katanya.
Beliau juga menyeru supaya pihak industri melunaskan bayaran zakat mereka agar lebih ramai rakyat negeri ini dapat dibantu.
“Tahun lalu kami berjaya kutip RM144 juta dan tahun ini kami sasarkan lebih lagi dengan program yang sedang diatur bagi membolehkan jumlah kutipan meningkat sekali ganda,” katanya.
Bagi 2017, LZNK menggagihkan 71,803 kampit beras fidyah kepada 573 masjid di semua daerah bermula dengan Zon 1 hari ini.
Zon 1 melibatkan 37,100 kampit beras diagihkan di 282 masjid melibatkan daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, manakala Zon 2 sebanyak 31,878 kampit beras pula diagihkan di daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Yan dan 2,825 kampit lagi akan diagihkan di Zon 3 iaitu di Langkawi. – BERNAMA