WASHINGTON DC – Anda tentu pernah mengirimkan bungkusan untuk insan tersayang atau sebab urusan tertentu, dengan menggunakan perkhidmatan pos biasa atau pun kurier yang lebih pantas.
Bukan hanya itu, ada juga berita lucu pihak tidak bertanggungjawab mengirimkan barangan yang mengejutkan dengan cara sama seperti serbuk kimia beracun, bahan letupan, senjata berbahaya, bacaan lucah atau dadah.
Meskipun objek itu memang dilarang untuk dipos, media pernah melaporkan ada individu ‘nakal’ tergamak hantar bom perhiasan selain kotoran haiwan seperti najis anjing terhadap musuh sebagai tanda amaran atau protes.
Namun, pernahkah anda terbayangkan, jika ada orang yang ingin mengirim ular liar berbisa melalui pos kepada mereka yang dibenci mungkin sebagai satu cara ugutan samseng atau untuk menakut-nakutkan si penerima tersebut?
Ya, kini bagi mereka yang menetap di Amerika Syarikat (AS), perkara pelik berkenaan boleh dilakukan tanpa masalah dan yang paling penting, tindakan tersebut tidak lagi dianggap sebagai satu bentuk kesalahan jenayah.
Media tempatan yang memetik daripada laman berita Daily Beast melaporkan, sebuah mahkamah di Washington DC pada minggu lalu, memutuskan tindakan berkenaan bukan lagi disenaraikan sebagai perbuatan jenayah.
Keputusan bersejarah ini membolehkan sesiapa sahaja mengirim ular sawa atau anakonda hijau untuk pengeposan antara 49 buah negeri di AS. Hawaii namun masih dilarang kerana ular bukan spesis hidupan asal di pulau itu.
Bagaimanapun pihak mahkamah tidak pula memperincikan bagaimana cara pengiriman reptilia itu sama ada perlu dilabel sebagai bahan mudah pecah atau diisytiharkan sebagai objek eksotik. – Agensi