TINDAKAN seorang lelaki berusia 24 tahun melepaskan nafsu dengan melakukan hubungan seks bersama mak nyah akhirnya membawa padah, apabila diugut pondan tersebut dengan penyebaran video asmara mereka.
Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu GrabCar dilaporkan berjumpa mak nyah itu sebelum melakukan hubungan seks di sebuah rumah sewa di Jalan Bukit Permai, Cheras, kira-kira jam 4 pagi.
Menurut seorang sumber, bagaimanapun tanda disedari mangsa sendiri, mak nyah tersebut dikatakan telah berjaya merakamkan aksi seks mereka berdua secara sembunyi.
Selepas sejam selesai bermain seks, mangsa kemudian mendakwa menerima panggilan mak nyah tersebut yang mengugutnya menyerahkan RM1,000, sekiranya tidak mahu video itu tersebar.
“Mangsa bagaimanapun enggan menurut arahan suspek.
“Suspek yang berang itu kemudian menghubungi ayah mangsa dan mengugut supaya membuat bayaran jika tidak mahu video tersebut tersebar.
“Malah, suspek mengugut akan membuat kecoh di tempat ayah mangsa bekerja pula sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi,” kata sumber tersebut.
Susulan ancaman pondan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.
Suspek yang berusia 28 tahun itu kini ditahan reman semalam untuk membantu siasatan. –Kedahnews.com