Make Up "Comot" Malukan Pengantin Di Hari Persandingan


CANTIK dan menawan, itu antara impian mereka yang bergelar pengantin perempuan apabila tiba hari persandingan mereka.

Sudah tentu, pelbagai perancangan diatur termasuk mendapatkan perkhidmatan jurumekap yang dapat menyerlahkan lagi kecantikan wajah pengantin di hari yang penuh bermakna.

Namun, lain yang jadinya kepada seorang pengantin perempuan ini apabila solekannya ‘hambar’ hingga membuatkan dirinya kurang berkeyakinan hingga enggan berjumpa dengan rakan-rakannya.

Menerusi perkongsian di Facebook Nurul Hidayah, dia meminta maaf kepada rakannya kerana terpaksa ‘melarikan diri’ ketika majlis persandingannya baru-baru ini susulan malu dengan solekannya yang kelihatan buruk dan ‘cacat’.

“Saya ingin meminta maaf jika pada sabtu yang lepas semasa majlis saya, saya hilang kejap disebabkan malu untuk berjumpa sahabat dengan keadaan muka saya,” tulisnya.


Nurul Hidayah bagaimanapun enggan mendedahkan nama jurusolek yang digunakannya dan memberi peringatan kepada bakal pengantin untuk memilih perancang perkahwinan yang terbaik untuk majlis perkahwinan.

“Saya tak nak mendedahkan mana-mana pihak cukuplah memberi peringatan supaya pilihlah wedding planner yang terbaik untuk hari bahagia anda nanti.

“Ambil yang murah boleh tapi pastikan berkualiti yer. Sekali seumur hidup tu beb. Sedikit kecewa tapi semua benda dah lepas .Sekian gambar untuk tatapan sebagai pengajaran,” tulisnya.


Namun, solekannya itu berjaya ‘diselamatkan’ oleh beberapa rakannya dan dia kembali bergambar semula bersama tetamu yang hadir dengan keadaan lebih yakin.

Nurul Hidayah turut berpesan kepada bakal pengantin untuk mengambil jurusolak yang berlainan dengan pakej perkahwinan yang sedia ada untuk lebih ‘selamat’.

Menerusi gambar yang dimuat naik Nurul Hidayah, jelas memaparkan solekannya yang bercapuk, merekah dan kelihatan rosak sama sekali.

Hasil solekan tersebut jelas mengambarkan jurusolek hanya memikirkan keuntungan, tidak professional dan tiada sebarang kemahiran dalam solekan.

Netizen turut meluahkan rasa simpati dan memberikan pendapat masing-masing terhadap situasi yang dialami Nurul Hidayah ini.


Buat bakal pengantin, jadikan pengalaman wanita ini sebagai satu panduan dan pengajaran dalam memilih jurusolek terbaik untuk majlis perkahwinan nanti.

Tidak salah untuk berjimat, namun kualiti harus diutamakan daripada habis muka ‘dikerjakan’ jurusolek yang tiada kemahiran langsung. –Kedahnews.com