"Melayu Bangsat Ketinggalan, Islam Dah Jatuh Longkang, Tahu?" - Apek Rasis


Nampaknya strategi mencetus kebencian terhadap keistimewaan agama Islam dan hak bangsa Melayu oleh pihak tertentu di negara ini telah membuahkan hasil yang dahsyat.

Apatah lagi dengan tindakan sebilangan ahli parlimen Pakatan Harapan diketuai DAP cuba menggagalkan RUU 355 di Dewan Rakyat minggu lalu mungkin telah memberi kesan besar kepada penyokong mereka sendiri.

Mungkin kecewa kejayaan pembentangan usul persendirian PAS itu memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah yang sengaja dimomokkan DAP kononnya sebagai Hukum Hudud, ada kalangan mereka mula biadab bertindak balas.

Selepas umat Islam dikejutkan dengan paparan karikatur ‘Akta Monyet’ disiarkan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang menghina RUU 355, terbaharu netizen tempatan digemparkan dengan video tular berbaur rasis pula.

Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat yang dirakamkan dalam sebuah tren LRT di ibu negara baru-baru ini, seorang penumpang lelaki Cina yang dianggar berusia lingkungan 60-an kelihatan biadab memaki hamun seorang  wanita Melayu.

Dalam video di bawah, dapat dilihat bagaimana lelaki Cina di dalam komuter ini terlalu bencikan orang Melayu sehingga beliau memandang hina dan merendahkan bangsa yang banyak bertolak ansur sejak bumi bertuah ini merdeka.

Pada mulanya lelaki Tionghua itu mendabik dada dengan bangga memuji bangsanya sebelum memperkecilkan pula keupayaan orang Melayu.

Namun kemudian, dia bertindak kurang ajar pula apabila menghina amalan orang Islam solat di dalam masjid.

Selepas seketika, warga emas yang kelihatan hampir sebaya dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, itu hampir memukul wanita Melayu tersebut dengan ugutan mahu ‘mencepuk’ mangsa.

Malah, aksi biadab suspek berterusan lagi apabila dia menjerit kuat ‘sundal’ seperti mahu mencabar wanita itu untuk bergaduh, tanpa seorang pun penumpang yang tampil meredakan keadaan yang makin tegang.

Kemudian lelaki itu mula bertindak ganas apabila dipercayai telah menendang mungkin di bahagian kaki wanita Melayu yang sedang merakam kelakuan biadabnya sambil memanggil mangsa beberapa kali menerusi cacian keji, sundal dan barua.

Ketika turun dari gerabak LRT tersebut, lelaki Cina itu dengan kurang ajar masih lagi sempat menghambur kata-kata nista terhadap bangsa Melayu dianggap sebagai kaum ketinggalan dan Islam pula dianggap agama yang dicampak ke dalam tong sampah.

Berdasarkan kepada video yang sedang tular menerusi media sosial dan tidak dapat dipastikan sumber itu, netizen tempatan memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki Cina jelik ini yang tergamak mengganggu ketenteraman awam dan bersikap rasis selain mampu mencetus ketegangan kaum.

Rata-rata netizen juga yakin lelaki yang dipercayai salah seorang penyokong pembangkang itu wajar ditahan pihak berkuasa kerana kenyataan berbaur hasutan perkauman yang jelas hina bangsa lain dan lebih teruk lagi membenci agama rasmi negara kita pula. -Kedahnews.com


Sumber asal: mynewshub.cc