Mohd Azman menunjukkan mangga yang dirosakkan bagi mencuri mesin rumput di Masjid An Nur. |
POKOK SENA - Masjid An Nur Pokok Sena kerugian hampir RM1,000 apabila mesin rumput masjid itu dicuri, pagi kelmarin.
Timbalan Pengerusi Keceriaan Masjid An Nur, Mohd Azman Abdullah berkata, dia dimaklumkan kejadian itu selepas tukang kebun masjid mahu memulakan tugas memotong rumput di sekitar masjid itu.
"Pencuri rosakkan mangga guna asid sebelum curi mesin rumput dalam stor ini.
"Setakat ini saya tak periksa barang-barang lain. Stor ini memang digunakan untuk simpan pelbagai barangan seperti periuk, pinggan mangkuk dan kelengkapan memasak lain,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu mungkin berlaku pada awal pagi kelmarin.
"Ini kecurian ketiga untuk tahun ini. Februari hari itu empat tabung masjid hilang dan bulan lepas 12 paip dilarikan pencuri.
"Kecewa sangat dengan sikap mereka tak bertanggungjawab ini, sanggup curi di rumah ALLAH," katanya.
Katanya, satu laporan polis di buat di Balai Polis Poko Sena untuk tindakan lanjut.
Sumber: Sinar Harian