MADRID – Lionel Messi meledak jaringan ke-500 peribadinya untuk memastikan perebutan gelaran La Liga kembali terbuka ketika Barcelona mengatasi Real Madrid 3-2 dalam pertembungan El Clasico awal pagi semalam.
Dalam aksi itu, tuan rumah berada di depan seawal minit ke-28 hasil jaringan Casemiro, namun Messi menamatkan kemarau tiga tahun tanpa jaringan menentang Real apabila memadamkan jaringan pembukaan itu dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-33.
Ivan Rakitic meledak gol kedua pelawat pada minit ke-73 untuk mendahului 2-1 dan Barca dilihat berada dalam kedudukan terbaik untuk menang apabila kapten Real, Ramos dilayangkan kad merah kerana mengasari Messi.
Namun, empat minit sebelum wisel penamat, pemain gantian, James Rodriguez menyelamatkan seketika Real apabila kembali menyamakan kedudukan 2-2.
Bagaimanapun, ketika perlawanan hampir tamat, Messi dengan tenang melakukan sentuhan bola terakhir dalam perlawanan itu untuk menjaringkan gol ketiga – pada waktu kecederaan sekali gus menghidupkan semula peluang Barca memburu gelaran La Liga ketiga berturut-turut.
Kemenangan itu melonjakkan Barca ke persada liga berbekalkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan selepas masing-masing terikat 75 mata namun Real masih berbaki satu perlawanan.
“Dia adalah pemain terhebat dalam sejarah dan saya sudah melihat ramai pemain bola sepak,” kata pengendali Barca Luis Enrique yang meraikan kemenangan itu.
“Dia masih mampu membawa kelainan dalam era bola sepak moden ketika semua orang bermain secara taktikal dan fizikal lebih baik.” – AFP