Mohd Thaqif Meninggal Dunia, Al-Fatihah...


JOHOR BAHRU - Pelajar lelaki  berusia 11 tahun yang kakinya dipotong berikutan penderaan fizikal  dipercayai dilakukan seorang pembantu warden di sebuah sekolah agama di Kota Tinggi telah meninggal dunia.

Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan bahawa anaknya Mohamad Thaqif Amin, meninggal dunia pada kira-kira pukul 2.05 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail ketika mereka sedang membaca doa kepadanya.

Anaknya dimasukkan ke hospital berkenaan minggu lalu susulan kakinya bertukar hitam selepas dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya terpaksa dipotong Jumaat lalu bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Sumber: mStar