ALOR SETAR - Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, terdapat usaha pihak tertentu untuk mengganggu perjalanan muktamar tahunan parti, yang berlangsung di Kompeks PAS Kedah di sini.
"Kami kenal siapa yang buat tu sama ada guna poster oren, pamphlet sebaran di dalam sisipan akhbar itu pun kami kenal dan kami tak terkejutlah kerana kita mengenali kawan kita lebih daripada mengenali musuh kita.
"Ia satu tindakan terdesak oleh pihak berkenaan untuk cuba mengganggu perjalanan muktamar kita," katanya kepada pemberita.
Takiyuddin berkata tindakan menggantung patung monyet berserban di Jalan Tandop, terletak kira-kira lima kilometer dari Kompleks PAS juga adalah serangan psikologi untuk mengganggu perjalanan muktamar, yang akan berakhir esok.
"Itu cubaan ganggu tapi saya nampak ahli-ahli kita tenang tidak jadi emosi dan kita terima itu sebagai satu serangan psikologi dari mereka yang ingin menimbulkan suasana tidak tenang mungkin untuk mempengaruhi keputusan pemilihan," katanya.
Poster bersaiz A4 bertajuk "Zuhud PAS" berbaur serangan peribadi terhadap beberapa pemimpin PAS itu diedar kepada perwakilan, pengunjung muktamar, malahan diagih kepada orang ramai di kawasan sekitar.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, PAS bersedia mempertimbangkan wang saguhati kepada peniaga mahupun orang ramai yang cedera dalam kejadian ribut yang melanda di sekitar tapak niaga kompleks kira-kira jam 7.30 malam semalam.
"Yang penting, ini bukan kecuaian kita. Pada pandangan saya (peniaga dan orang ramai yang cedera) tak layak menuntut ganti rugi, apa yang boleh mungkin kita usahakan saguhati," katanya.
Pada kejadian semalam, sebuah khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki) ranap selepas dipukul ribut menyebabkan 19 mangsa cedera. - Bernama