ALOR SETAR - Tindakan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menggantikannya dengan kerajaan yang tebal fahaman sosialis hanya akan memburukkan lagi landskap politik negara ini.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob menegaskan, menggantikan BN dengan kerajaan yang bersifat seperti itu juga merupakan satu tindakan sia-sia dan dijangka akan meminggirkan gerakan mempertahankan syiar Islam.
"Kita (PAS) telah berjuang selama lebih 60 tahun untuk menjadi wadah dan menjadi kerajaan,dan jika keadaan ini berlaku apabila kerajaan sekular yang ada dan digantikan dengan sosialis, keadaan akan lebih merumitkan lagi," tegas beliau ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tandop, di sini hari ini.
Jelas beliau tindakan pihak-pihak tertentu sebelum ini cuba melemahkan gerakan Islam dan PAS perlu memerlukan tempoh untuk memperkuatkan kembali parti Islam itu untuk terus berpolitik menguasai kerajaan.
“Mungkin dalam keadaan banyak pihak cuba melemahkan Islam menyebabkan kita akan mengambil masa untuk mengumpul kekuatan baharu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada itu,” katanya.
Muktamar Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS dirasmikan serentak pagi ini bersempena Muktamar PAS kali ke-63 yang turut menyaksikan pemilihan parti itu berlangsung. – Kedahnews.com