ALOR SETAR - Seluruh kepimpinan dan warga PAS diminta supaya berwaspada dengan Parti Pribumi Malaysia Bersatu (PPBM) yang disifatkan sebagai licik untuk membuat "U-turn" dan memiliki pendirian yang tidak tetap.
Perwakilan PAS Johor, Nazari Mokhtar berkata, parti pimpinan Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini mengharap kerjasama dari PAS itu tidak mustahil akan mengubah pendirian dan menghentam PAS selepas ini.
"Berkenaan dengan PPBM, saya nak ingatkan kepada pimpinan kita berhati-hati dengan 'Mr U-Turn' ini.
"Dia boleh tiba-tiba saja dia boleh ubah pendirian, tak dapat kawan dengan PAS dia ubah pendirian, dia hentam balik," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan dan pemerhati PAS yang hadir, pagi ini.
Nazari ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini turut memuji pendirian partinya yang menutup sebarang pintu rundingan dengan PPBM.
Katanya, keputusan PAS menutup pintu kepada PPBM seperti yang diumumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, adalah satu tindakan bijak untuk menghadapi parti yang diketuai Mahathir itu.
"Tindakan bijak kita tidak mahu bersama dengan PPBM adalah tindakan terpuji kerana tuan-tuan kena ingat pengundi Muslim orang melayu akan berpecah kepada beberapa bahagian.
"Antara paling besar ialah kepada Umno, sebahagiannya kepada PPBM, PAS kepada PKR dan kepada PAN," tegas beliau dalam ucapannya.
Abdul Hadi semalam memberitahu media bahawa partinya tidak akan bekerjasama dengan PPBM selepas melihat parti itu tiada hala tuju yang jelas selain dilihat tidak tentu siapa "imam serta makmumnya".
Kenyataan Presiden PAS itu telah menutup segala spekulasi yang bertebaran sebelum ini yang mendakwa kononnya PAS akan menjalinkan hubungan dengan PPBM.
Difahamkan, reaksi awal dari PPBM berkenaan kenyataan Abdul Hadi itu menyatakan pihaknya tidak berdepan sebarang masalah dengan pendirian PAS yang menutup pintu kerjasama dan tidak terkejut dengan keputusan tersebut. - Kedahnews.com