KOTA BHARU - Orang ramai diminta tidak menjadi penyiasat atau hakim sebelum siasatan berkaitan kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, selesai.
Nasihat itu dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang turut menggesa orang ramai supaya tidak menyebar sebarang maklumat yang tidak benar.
Beliau juga menasihati supaya orang ramai tidak menyalahkan institusi pondok dan tahfiz atas kejadian seperti itu.
"Kita jangan menjadi ketua penyiasat, ketua pendakwa raya dan hakim pada masa yang sama hanya berdasarkan fakta yang disebarluaskan dalam media sosial. Kita tunggu hingga siasatan selesai.
"Penyiasatan belum selesai lagi, kenapa kita terus jatuhkan hukuman? Pramatang untuk kita menyalahkan institusi pondok dan tahfiz dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas program Multaqa Murabbi Ummah 2017 peringkat negeri Kelantan di Balai Islam, di sini, semalam.
Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia semalam selepas lima hari kehilangan kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.
Arwah juga tidak sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanan susulan jangkitan kuman selepas didakwa dipukul warden asrama.
Sumber: BH Online