Pemain Kelantan, Mohd Khairul Izuan Rosli diasak pemain Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Sabtu. Foto: Bernama |
KUALA LUMPUR - Pahang merampas kedudukan teratas Liga Super dari Kedah setelah menang 2-1 ke atas Kelantan pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam Sabtu.
Walaupun Pahang dan Kedah terikat 19 mata selepas beraksi sembilan perlawanan setakat ini, Pahang berada di persada liga menerusi perbezaan gol.
Pada aksi di Kota Bharu, penyerang import Kelantan, Mohamad Ghaddar meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-16 sebelum Pahang bangkit pada babak kedua.
Pelawat menyamakan kedudukan menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-60 sebelum Matheus Alves Leandro, menambah jaringan selang dua minit kemudian.
Kedah pula gagal meneruskan momentum kemenangan di laman sendiri setelah seri 1-1 dengan PKNS FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Penyerang import dari Argentina, Lucas Sebastian Espindola mengejutkan skuad Lang Merah menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-28 sebelum Zachary Michael Anderson menyelamatkan maruah tuan rumah menerusi gol penyamaan, selang enam minit kemudian.
Selangor pula naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga liga setelah menang 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Skuad Gergasi Merah selesa mendahului 2-0 pada babak awal perlawanan menerusi jaringan Victor Astafei pada minit ke-22 dan Francis Forkey Doe (m49) sebelum Mateo Roskam mengurangkan defisit untuk Sarawak pada minit ke-83.
Dalam pada itu, Perak gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 2-2 pada aksi di Stadium Perak, Ipoh.
Dua gol Perak dijaringkan Yashir Pinto pada minit ke-12 dan sepakan penalti Abdul Hadi Yahya pada masa kecederaan babak kedua manakala dua jaringan pelawat disumbangkan Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-48 dan Muhammad Fakhrurazi Musa (m71). - Bernama