PETALING JAYA - Pakatan Harapan dicabar supaya mengemukakan pelan ekonomi alternatif sekiranya mereka mahu memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pembangkang perlu mempunyai pelan alternatif untuk mendapatkan semula hasil yang hilang berikutan pemansuhan GST.
"Pembangkang boleh menjadi popular dengan mengatakan mereka mahu memansuhkan GST sebaik sahaja mereka berkuasa, kita ada projek pembangunan mega yang sedang berjalan, misalnya Lebuhraya Pan Borneo dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
"Ia satu pembohongan kepada rakyat sekiranya mereka gagal mencari jalan untuk mendapatkan semula hasil yang hilang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri bengkel Panduan Pembangunan Lestari di sini, Selasa.
Abdul Rahman berkata, pembangkang juga mesti membuat keputusan unilateral berkaitan perkara itu, disebabkan terdapat banyak kekeliruan berhubung pendirian mereka tentang GST.
"Terdapat begitu banyak isyarat daripada pembangkang sehinggakan rakyat Malaysia menjadi keliru dengan apa yang mereka perkatakan. Sekejap mereka mahu memansuhkannya, selepas itu, mereka mahu kadar sifar pula. Jelas bahawa pembangkang tidak mempunyai dasar ekonomi yang konkrit jika mereka menang pilihan raya," katanya.
Dalam perkara berasingan, Abdul Rahman membidas kerajaan negeri Pulau Pinang kerana merancang untuk menaikkan tarif air daripada 48 sen kepada RM1 bagi setiap 1,000 liter.
"Kerajaan negeri bertindak bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka sendiri. Sebelum ini, mereka mendakwa Barisan Nasional (BN) bertindak zalim terhadap rakyat Pulau Pinang dan tidak menjaga kebajikan mereka. Lihat apa yang berlaku sekarang. Trend dalam penjualan tanah negeri menjadi semakin berleluasa, malah NGO (badan bukan kerajaan) turut menjadi bimbang. Ini menunjukkan kerajaan negeri lemah dalam menguruskan ekonomi," katanya.
Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Datuk Jaseni Maidinsa berkata surcaj itu akan memberi kesan kepada kira-kira 126,000 daripada sejumlah 504,400 isi rumah disebabkan masing-masing menggunakan lebih 35,000 liter sebulan.
Jika Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara membenarkan kenaikan itu, ia merupakan kali keempat tarif air di negeri ini dinaikkan. - Bernama