ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (PAN) diber amaran agar tidak menyibuk dan masuk campur dalam urusan PAS, sebaliknya adalah lebih baik jika PAN urusan perihal parti mereka sendiri.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi turut memberi peringatan kepada Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub agar menjaga parti sendiri dan fikirkan mengenai jasa PAN terhadap memperkasakan Islam sebelum pertikaikan mengenai tindakan PAS.
“Jangan sibuk hal orang (PAS). Jaga parti sendiri dulu. Urusan itu (pindaan RUU 355) adalah hak orang Islam. Sepatutnya beliau kena fikir lebih jauh, apa sumbangan Amanah untuk perkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Apa peranan ahli parlimen mereka,” katanya.
Menurut Exco Pemuda PAS Pusat itu lagi, tindakan PAN itu hanya sekadar mahu membantutkan usaha PAS yang selama ini bertungkus-lumus berjuang bagi melaksanakan pindaan RUU 355 tersebut dan hanya mahu mengelirukan pemikiran rakyat.
“Kita tidak sepatutnya berkata begitu, ini usaha Pas. Jangan campur hal kita. Kita pun tidak campur hal mereka. Ini untuk orang Islam sahaja, jangan cuba kelirukan pemikiran rakyat dengan pandangan negatif sehingga boleh menghakis kefahaman mereka terhadap pelaksanaan RUU ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Salahuddin yang mendakwa usaha PAS untuk meminda RUU 355 dilihat seperti semakin mustahil ekoran keputusan kerajaan untuk tidak mengambil alih pembentangan usul.-Kedahnews.com