KUALA LUMPUR - Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya telah disalahgunakan oleh Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.
Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan berkata, Mohd Ezam dan Khairuddin yang masing-masing Presiden dan Timbalan Presiden PBR didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 anggota parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat dibuat.
Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat selain mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan memohon siasatan lanjut kerana tindakan berkenaan melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi berkenaan.
"Penukaran nama kepada PBR tidak mendapat mandat daripada ROS... mereka juga menyalahgunakan parti ini untuk menghentam kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam sidang berita di sini, semalam.
Kumar, yang menerajui Parti Generasi Baru sejak 16 Mac tahun lepas, berkata beliau masih menunggu maklum balas daripada ROS.
Parti Generasi Baru, yang diasaskan S Gobi Krishnan iaitu bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR, didaftar pada September 2013 dengan menyasarkan golongan muda sebagai anggota parti.
Difahamkan, namanya ditukar kepada PBR dengan hasrat untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan.
Kumar berkata, Gobi Krishnan digantung keanggotaannya sebagai Setiausaha Agung Parti Generasi Baru pada bulan lepas kerana didapati pecah amanah dengan melanggar perlembagaan parti dan melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis panggilan mesyuarat kepada Presiden.
Sementara itu, Mohd Ezam dalam kenyataannya berkata dakwaan Kumar itu berniat jahat.
"Kami serahkan kepada ROS untuk membuat keputusan akhir mengenai dakwaan tersebut dan berjanji akan akur kepada apa sahaja keputusannya," katanya. - Bernama