Harganya mencecah sekurang-kurangnya RM60 sekilogram ketika ini, namun tiada yang akan mempertikaikannya kerana ia adalah raja durian, Musang King.
Bagi penggemar durian, berbelanja antara RM90 hingga RM120 untuk buah seberat 1.5 ke dua kg di Bentong yang terkenal dengan hasil tanaman yang penuh kelazatan itu tentunya sesuatu yang berbaloi.
Permintaan tinggi selain cuaca tidak menentu mendorong pemilik dusun menaikkan harga raja buah itu.
"Pelancong dari dari jauh pada hujung minggu dan cuti umum semata-mata untuk merasakan keenakan Musang King Bentong.
"Malahan ada pepatah baharu yang popular masa kini: "Jika ada dusun durian, hidup akan senang sepanjang masa."
"Durian bukannya sengaja dinamakan raja buah tetapi ia perlukan cuaca panas untuk memastikan bunganya menghasilkan buah. Tidak banyak bunga yang menjadi musim ini kerana musim hujan," kata Lee Ah Ying.
Menurut pemilik dusun berusia 69 tahun itu, keseluruhannya berlaku penurunan penghasilan durian sehingga 30 peratus musim ini.
Pada harganya ketika ini, Musang King atau dikenali sebagai Mao Shan Wang dalam Mandarin masih belum mencapai antara RM80 dan RM100 seperti September tahun lalu.
"Kami hanya ada kira-kira 200 kg durian di sini dan ianya habis dalam masa sehari.
"Penggemar Musang King tidak kisah membayar lebih RM80 setiap kilo.
"Lima tahun lalu, Musang King hanya antara RM20 dan RM30 setiap kilo, tetapi kini rakyat Malaysia sedia membayar antara RM40 dan RM50," kata Pengarah Pemasaran Chow Kai Pheng Enterprise, Stephen Chow.
Tinjauan di sekitar bandar ini mendapati Musang King dijual antara RM60 dan RM68 setiap kg.
Bagaimanapun, ada penjual yang menawarkan harga rendah antara RM35 hingga RM48.
Sumber: mStar