ALOR SETAR - Sikap pemimpin di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merasakan diri mereka sudah lama di dalam dunia politik tanahair menyebabkan mereka mengenepikan pandangan ahli lain di dalam parti baru itu.
Salah seorang pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman menegaskan, faktor tersebut telah mencetus ketidakpuasan hati ramai pihak dan memutuskan untuk tidak meneruskan perjuangan dengan parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut.
"Ada masalah dalam PPBM yang tidak ditangani dengan baik terutamanya ada pemimpin dalam parti ini berasakan sudah lama dalam politik dan mengetepikan pandangan ahli lain dalam parti," katanya kesal dengan budaya kepimpinan parti berkenaan.
Kamarul Azman hari ini mengumumkan dirinya secara rasmi keluar dari PPBM dan meletak semua jawatan yang disandangnya di dalam parti tersebut.
Ketua kepada sebuah NGO, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) itu turut menjelaskan bahawa seramai 821 orang ahli PPBM dijangka akan mengikut jejak langkahnya keluar parti dalam masa terdekat dan akan diumumkan dalam satu sidang media.
"Setakat malam semalam, seramai 821 orang dijangka akan turut keluar parti. Namun, akan ada satu sidang media untuk pengumuman rasmi," katanya.
Mengulas mengenai tindakannya keluar parti meskipun diberi banyak jawatan oleh pucuk pimpinan PPBM, Kamarul Azman menegaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang kemaruk jawatan dari parti tersebut.
Sebaliknya, dia yang merupakan salah seorang pengasas PPBM sendiri kabur dengan hala tuju dan agenda yang diperjuangkan di dalam parti Mahathir itu.
"Saya keluar parti bukan kerana saya tidak ada jawatan malah sayalah ahli yang paling banyak jawatan dalam parti, tapi PPBM masih kabur dalam perjuangan politik untuk negara kita," katanya mendedahkan kelemahan sebenar PPBM yang menjadi punca ramai bertindak keluar parti.
Antara jawatan lain yang ditolak beliau adalah jawatan Ketua (Penaja) Bahagian PPBM Teluk Kemang, Pengerusi (Penaja) Perhubungan PPBM Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PPBM. - Kedahnews.com