PENERBIT drama, Datuk Ziela Jalil yang berjaya ‘menawan’ hati penonton menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaimu disaman seorang penulis novel atas dakwaan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi novelis tersebut.
Harian Metro melaporkan, Siti Rosmizah Semail yang juga seorang peguam memfailkan saman itu terhadap Ziela atau nama sebenarnya Norlizah Abdul Jalil melalui Tetuan Chambers of Rafie Mohd Shafie & Associates, di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Penulis novel 7 Hari Mencintaimu itu menuntut ganti rugi RM10 juta susulan Siti Rosmizah sebagai plaintif mendakwa pada 9 Februari dan 10 April lalu, Ziela sebagai defendan memuat naik, menyiarkan, menyebarkan dan menghebahkan kenyataan fitnah di laman sosial Instagram miliknya.
Plaintif juga mendakwa pihak defendan memberi kenyataan memfitnah yang diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, sisipan Pancaindera, pada 16 April lalu.
Berdasarkan penyata tuntutan, plaintif menuntut injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya daripada sebarang medium, selain ganti rugi khas, am, teladan, faedah dan kos. –Kedahnews.com