YAN - Dianggarkan 20 peratus daripada 1,000 nelayan di daerah ini berdepan masalah penempatan atau kediaman yang selesa.
Pengerusi Persatuan Nelayan Yan, Saidin Kassim berkata, masalah tempat tinggal dalam kalangan nelayan merupakan isu utama yang perlu diberikan perhatian.
“Masih ada dalam kalangan mereka tinggal di rumah yang hampir roboh, ada pula yang masih tinggal bersama ibu bapa meskipun sudah berkahwin,” katanya ketika ditemui di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Kuala Dulang, kelmarin.
Saidin yang juga Ketua Komuniti Kuala Dulang berkata, pihaknya mengakui kerajaan sudah memberikan pelbagai kemudahan kepada nelayan termasuk wang sara diri sebanyak RM300 setiap bulan, namun ia belum mencukupi untuk menaik taraf kehidupan mereka.
“Nelayan tidak seharusnya dibebani masalah sebegini, lebih-lebih lagi membabitkan tempat tinggal mereka,” katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu menunaikan janji yang dibuat pada PRU12 agar tidak mengecewakan golongan nelayan yang terlalu berharap.
“Sehingga kini hampir 100 permohonan dikemukakan oleh nelayan sekitar Yan untuk membaiki rumah namun masih belum mendapat sebarang respons,” katanya.
Saidin berkata, terdapat sebilangan nelayan sudah menambun tanah di kawasan milik mereka untuk membolehkan kerajaan membina rumah seperti dijanjikan, namun hampa.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah, Sobri Ibrahim berkata, pihaknya telah meluluskan 19 permohonan pembaikan rumah di sekitar daerah Yan.
“Bajet yang diperuntukkan untuk membaik pulih rumah nelayan ialah RM190,000 bagi kesemua 19 buah rumah.
"Jika tiada sebarang masalah, kerja-kerja perlaksanaan bakal dimulakan Mei ini," katanya.
Sumber: Sinar Harian