KUALA PERLIS – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) diharap dapat menguasai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hasil industri ikan negara sekali gus menjadi pemain industri yang berpengaruh menjelang 2020.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sehubungan itu, Nekmat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perlu bekerjasama dalam mempertingkatkan keuntungan perniagaan persatuan mereka.
“Untuk meningkatkan margin perniagaan mereka yang kini pada tahap 20 peratus, mereka perlu meningkatkan standard pengendalian ikan ke tahap lebih tinggi iaitu bermula dari jeti, pemborongan, pemasaran sehingga akhir (penjualan) mengikut piawaian Kesatuan Eropah,” katanya.
Ahmad Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Rantaian Nilai, Kilang Air Batu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis di sini semalam.
Turut hadir, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis Ahmad Bakri Ali dan Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Ahmad Shabery berkata peningkatan tahap kualiti amat perlu kerana akan tiba masanya negara-negara jiran seperti Singapura, mahu bekalan ikan mengikut standard yang menepati kualiti produk makanan termasuk kebersihan dan keselamatan.
Katanya, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan untuk memenuhi aspek berhubung kualiti kesihatan produk berkenaan dan bekalan ikan.
“Contohnya pada hari ini, PNK telah memulakan inisiatif projek Kilang Air Batu yang mana mereka pastikan air batu yang dihasilkan adalah bersih dan mampu menampung keperluan proses sejuk beku ikan-ikan secara berkualiti.
“Ia juga merupakan antara inisiatif persatuan ke arah meningkatkan standard pengendalian produk mereka ke tahap lebih baik di samping peruntukan sebanyak RM3 juta yang diluluskan akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air batu di kilang itu,” katanya.
Secara tidak langsung, ia menjadikan kilang ini sebagai pengeluar tunggal air batu di negeri Perlis yang akhirnya akan membawa faedah kepada PNK dan anggotanya, tambahnya.
Ahmad Shabery berkata persatuan nelayan juga perlu mampu membangunkan industri hilirannya sendiri seperti industri pembuatan bebola ikan dan produk-produk lain seumpamanya. – BERNAMA