BANGKOK - Pilihan raya umum yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama bakal diadakan tahun depan dengan parti politik diberi tempoh lima bulan untuk berkempen, kata Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha.
Sebuah kerajaan baharu akan dibentuk dalam masa dua hingga tiga bulan selepas pilihan raya umum, katanya.
"Proses pilihan raya boleh bermula tahun depan selepas undang-undang organik yang diperlukan untuk pilihan raya umum selesai," katanya dipetik media tempatan pada Khamis, sambil menambah semua aktiviti politik di negara itu kekal dilarang.
Menurut beliau tahun ini akan diadakan upacara diraja seperti pembakaran mayat mendiang Raja Bhumipol Adulyadej yang meninggal dunia Oktober tahun lalu dan pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn.
Prayut turut menggesa rakyat Thailand untuk menghormati perlembagaan baharu yang menjamin hak dan kebebasan untuk semua.
Pengiraan detik pilihan raya umum diadakan bermula dengan pengisytiharan perlembagaan baharu oleh Raja Maha Vajiralongkorn minggu lalu susulan pungutan suara draf perlembagaan pada Ogos.
Pilihan raya umum yang bakal diadakan itu sekaligus menyaksikan demokrasi kembali di Thailand, hampir tiga tahun selepas angkatan tentera yang dipimpin Panglima Tentera Prayut ketika itu mengambil alih pemerintahan diketuai Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dalam satu rampasan kuasa pada 2014. -Bernama