JITRA – Jabatan Imigresen Malaysia bersedia menggalas tanggungjawab mengendalikan pengoperasian apabila pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis, dibuka 24 jam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata kemampuan anggota jabatan itu untuk sama-sama mengawal di pintu sempadan tidak perlu dipertikaikan meskipun bakal berdepan dengan kekangan anggota penguat kuasa.
Katanya, ketika ini, terdapat tiga syif bekerja dengan jumlah minimum 31 anggota bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Berikutan persetujuan kerajaan bahawa kedua-dua pintu sempadan itu dibuka 24 jam, katanya, pihaknya memerlukan tambahan satu syif berikutan masa operasi pintu sempadan dilanjutkan.
“Kita mungkin terpaksa mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan tiada kekangan anggota bertugas seperti melakukan sistem penggiliran tempat bekerja,” katanya selepas mengetuai Ops Ikrar dan Ops Sapu di sini, awal hari ini.
Mustafar berkata, bagi mengelak ketirisan di pintu sempadan, pihaknya turut mengambil dua pendekatan iaitu beberapa penambahbaikan seperti aspek kawalan yang membabitkan bangunan CIQ itu sendiri dan pos kawalan.
“Dalam usaha memastikan keselamatan di pintu sempadan, koordinasi penyelarasan dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), tentera dan polis juga penting.
“Dengan adanya kerjasama antara agensi ini, secara tidak langsung dapat mengelak ketirisan berlaku termasuk di lorong tikus atau lorong gajah,” katanya.
Sementara itu, seramai 85 pendatang asing pelbagai warga negara ditahan dalam operasi pukul 2 pagi itu di rumah kongsi di dua tapak pembinaan di Kubang Pasu dan Kepala Batas.
Pekerja asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk permit kerja tamat tempoh itu adalah terdiri daripada warganegara Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan. – BERNAMA