PKR Janji Beri Cola Untuk Setiap Rakyat Malaysia Jika Menang PRU14?


KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor memberi jaminan setiap rakyat Malaysia konon akan menerima Elaun Sara Hidup (COLA) daripada kerajaan jika Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Hassan Karim berkata, kerajaan Pakatan Harapan berjanji akan turut menetapkan gaji minimum baharu yang jauh lebih tinggi untuk semua pekerja di Malaysia yang ketika ini sebanyak RM1,000 sebulan.

“Saya menggesa Menteri Sumber Manusia segera melaksanakan COLA serta penetapan gaji minimum baharu dapat dikuatkuasakan untuk setiap pekerja di Malaysia.

“Jika Menteri Sumber Manusia gagal berbuat demikian, maka pilihan lain yang rakyat boleh buat adalah dengan menukar kerajaan melalui pilihan raya. Pakatan Harapan komited membantu rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Hassan turut membayangkan rakyat Malaysja konon bakal hidup dalam penuh kemewahan dan kesenangan jika rakyat memilih Pakatan Harapan untuk memerintah Malaysia.

Bagaimanapun, apa yang dinyatakan itu jauh berbeza dengan keadaan sebenar berlaku di Pulau Pinang dan Selangor apabila menyaksikan rakyat dua negeri dikuasai Pakatan Harapan ditindas tanpa pembelaan.

Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang dilihat sebagai dikuasai parti sekular DAP selepas Pakatan Rakyat dibubarkannya.

PAS sedang mempertimbang untuk memutuskan hubungan dengan PKR ekoran parti itu kekal bersama Pakatan Harapan dan menolak pelawaan untuk menganggotai Gagasan Sejahtera yang diketuai PAS.  – Kedahnews.com