Abdul Razak bersama isterinya, Nurwana Abdullah. |
ALOR SETAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempamerkan keyakinan yang tinggi apabila mendakwa mereka pasti akan berjaya menawan kerusi parlimen dan Dun di daerah Pendang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 akan datang.
Ketua Bahagian PPBM Pendang, Abdul Razak Khamis berkata, parti tersebut akan menghapuskan kesemua bebanan cukai termasuklah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perkara yang membebankan rakyat sekiranya mereka diberi peluang untuk menerajui negara.
"Rakyat kini dibebani pelbagai tekanan hidup, ini peluang untuk PPBM mendekati dan memenangi hati rakyat agar kami diberikan peluang memimpin.
"Antaranya, kami akan hapuskan GST dan apa sahaja cukai yang membebankan rakyat. Bukan sahaja di bandar, penduduk kampung juga dibebani pelbagai kos sara hidup,” katanya.
Menurutnya lagi, PPBM berjanji akan melakukan perubahan yang baik terhadap rakyat demi menyelesaikan masalah yang sering membelenggu mereka, malah parti tersebut juga tidak akan mmbiarkan rakyat terus hidup tanpa pembelaan.
“Terlalu banyak masalah rakyat yang harus diketengahkan sehinggakan ada kalangan mereka yang hidup susah tanpa pembelaan,” kata lagi.
Sementara itu, Abdul Razak mendedahkan bahawa sambutan masyarakat setempat terhadap PPBM adalah sangat menggalakkan dan begitu disenangi, bahkan PPBM yakin dapat menawan Pendang kerana rakyat sudah kecewa dengan pemimpin sedia ada.
“Saya percaya sambutan masyarakat Siam di Pendang juga menjadi momentum gerakan kepada mereka untuk menyertai parti ini. Saya mengalu-alukan masyarakat Siam seluruh Kedah agar berikan sokongan kepada PPBM untuk kita tawan Kedah pada PRU14.
"Sebab itu saya berani katakan PPBM akan menawan Pendang dengan mudah kerana rakyat sudah kecewa dengan kepimpinan sedia ada," jelasnya. – Kedahnews.com