SAMSUNG baru-baru ini mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaharunya, Galaxy S8 dengan reka bentuk dan paparan lebih mengagumkan dan elegan berbanding sebelumnya.
Syarikat gergasi elektronik Korea Selatan itu mengatakan pelancaran Galaxy S8 merupakan bukti bagi mendapatkan semula kepercayaan pengguna serta menandakan satu pencapaian baharu dalam legasi telefon pintar Samsung.
Galaxy S8 pada awalnya dijaduakan akan dilancar pada bulan Februari namun terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan Samsung menguji sepenuhnya peranti berkenaan sebelum dilepaskan kepada umum.
Berkongsi lanjut mengenai penawaran telefon pintar berkenaan, jurucakap Samsung Malaysia, Lee Jui Siang yang memetik laporan Amanz berkata fasa permulaan penawaran Galaxy S8 akan disertakan dengan tiga varian warna iaitu midnight black, arctic silver dan dan maple gold.
Samsung Malaysia akan membuka pra-tempahan untuk Galaxy S8 pada 11 April higga 13 April 2017 kelak dengan harga yang dianggarkan antara RM3,000 ke RM3,200.
Seperti sebelum ini, Samsung Malaysia dijangka menawarkan diskaun untuk pra-tempahan, selain penyertaan beberapa perkara tambahan seperti aksesori dan sebagainya.
Galaxy S8 didatangkan dengan saiz 5.8 inci dengan paparan Infinity Display serta rekaan yang lebih lancar dengan permukaan tanpa butang dan sisi yang tajam.
Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuklah kamera premium 8MP F1.7 Smart autofocus sebagai kamera hadapan Galaxy S8 dan kamera belakang turut dikuasakan dengan 12MP F1.7 Dual Pixel bagi hasil gambar terbaik.
Selain itu, Galaxy S8 turut menggunakan pemproses 10nm yang merupakan pertama seumpamanya oleh industri, sekali gus menjadikan Galaxy S8 sebagai telefon pintar yang lebih cekap dan pantas.
Galaxy S8 dilihat sebagai percaturan terbaik Samsung setakat ini bagi menandingi beberapa flagship smartphone keluaran jenama lain. – Kedahnews.com