YAN - Projek Yan Energy, yang sebelum ini dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (Zipy) masih belum dilaksanakan susulan pelabur sedia ada mendiamkan diri.
Exco Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, pada peringkat awal perbincangan kedua pihak sudah bersetuju untuk laksanakan, namun sehingga kini pelabur terbabit belum memberikan maklum balas lanjut.
“Difahamkan ada kaitan dengan harga minyak, menyebabkan pelabur terlibat mendiamkan diri. Namun, kita tidak berputus asa untuk membangunkan kawasan yang telah dikenal pasti itu bagi tujuan industri gas dan minyak," katanya ketika ditemui selepas majlis anugerah cemerlang di Sekolah Menengah Agama Yan.
Menurutnya, peluang masih terbuka kepada pelabur lain yang berminat untuk menyertai projek mega ini.
Ku Abd Rahman berkata, jangkaan awal untuk menyiapkan projek ini menjelang 2019 kini agak mustahil memandangkan pihak pelabur belum memberi kata putus bilakah projek akan dimulakan.
"Kita belum terima sebarang surat penarikan diri daripada pihak pelabur, kita hanya menunggu maklum balas mereka. Lazimnya projek melibatkan industri minyak dan gas memerlukan tempoh masa lima hingga enam tahun untuk siap sepenuhnya,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelabur mahu menunggu sehingga harga minyak dunia stabil terlebih dahulu sebelum memulakan projek berkenaan.
"Bagi saya perkara ini tidak mendatangkan masalah kerana lokasi sudah ada, saya juga menyokong sekiranya pelabur dari dalam negara berhasrat mahu menjalankan projek ini, dan boleh dilakukan secara kecil-kecilan dahulu," katanya.
Tambahnya, lokasi di Pulau Bunting sangat sesuai kerana ia melibatkan kedalaman laut yang mencapai syarat yang diperlukan untuk membina projek industri minyak dan gas.
Sebelum ini, projek Zipy digantikan dengan Yan energy berikutan wujud kekangan syarikat induk, Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh) untuk melaksanakannya.
Sumber: Sinar Harian