Puluhan Ribu Coli, Seluar Dalam Ditemui Di Rumah


POLIS terpaksa menggunakan trak untuk memindahkan berpuluh-puluh ribu bra dan seluar dalam wanita dari rumah seorang pencuri di China.

Lelaki berkenaan telah mencuri pakaian dalam berkenaan selama 10 tahun dan dia telah ditangkap, semalam.

Perbuatannya terbongkar apabila penduduk tempatan mengadu kepada Timbalan Pengarah Biro Keselamatan Awam. Liu Yingbin, mengenai kehilangan pakaian dalam wanita.

Salah seorang daripada mangsa memberitahu dia ternampak banyak seluar dalam disidai di balkoni di sebuah rumah di situ.


Ia menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan dan apabila mereka tiba di rumah yang dimaksudkan itu, memang betul banyak pakaian dalam ditemui di situ.

Pencurinya, Xing, 40, yang telah bercerai, mengaku mencuri dan memberitahu dia mula menyukai pakaian wanita sejak sekolah menengah lagi.

Malah dia pernah meminta rakan sekolahnya melayan dia seperti seorang budak perempuan. –Kedahnews.com