DUBAI – Seorang Putera Mahkota Dubai dipuji ramai netizen setelah dirakam menggunakan kereta Mercedes miliknya bantu menarik keluar sebuah trak muatan terperangkap dalam padang pasir.
Langkah murni Putera Mahkota Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum itu dianggap menunjukkan bahawa meskipun baginda berasal dari keluarga diraja yang kaya-raya, beliau tidak sombong.
Malahan putera wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu diketahui memang sering membantu rakyat jelatanya tanpa mengira pangkat, menurut laporan portal antarabangsa Russia Today (RT).
Klip video itu berdurasi selama 1 minit 10 saat itu yang dikongsi menerusi Instagram oleh pengguna Saeed Hilal, menunjukkan sebuah trak kelhatan tersekat dalam pasir gurun sehingga sukar bergerak.
Sebuah kereta mewah Mercedes AMG G63, sebuah trak pikap dan sebuah traktor kemudian berganding bahu untuk membantu trak 12 tayar tersebut untuk bebas daripada cengkaman pasir.
Pada satu masa, kereta Mercedes jenis pacuan empat roda itu pula kelihatan tersekat dalam pasir. Mujur kenderaan-kenderaan yang lain bergandung bahu untuk ‘menyelamatkan’ kereta tersebut.
Menurut RT, nombor plat lesen kereta Mercedes berkenaan ialah ‘Dubai 11’, iaitu merujuk kepada nombor pendaftaran yang sama digunakan untuk kereta milik Putera Mahkota Dubai.
Sheikh Hamdan tidak membuat sebarang catatan tentang insiden itu di media sosialnya, namun gambar-gambarnya di Instagram menunjukkan baginda memakai pakaian sama dengan pemandu kereta Mercedes berkenaan.
Putera Mahkota berasal dari keluarga diraja Al Maktoum, antara yang terkaya di UAE dan keluarganya memiliki harta kekayaan AS$12 bilion (RM53 bilion), menurut RT. – Agensi