MAJLIS perkahwinan gilang gemilang Jep dan Sariyanti sudah pun selamat berlangsung pada hujung Februari lalu.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media menyebabkan sesetengah pihak media berasa ‘kecil hati’ dengan tindakan pelawak popular itu.
Dan seperti selalu, apabila hal mengaitkan Jep pasti dua rakan baiknya, Shuib dan Rahim yang akan dikejar bagi mendapatkan berita.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Rahim berkata, “Saya tidak boleh mewakili dia sebab dia ada sebabnya yang tersendiri. Secara peribadi, saya rasa hubungan baik artis dengan media itu perlu.
“Kurang adil dan tidak berapa elok jika saya komen bagi pihak dia. Kita harapkan benda yang baik selepas ini.
“Ada benda yang perlu, saya nasihat, Dia pun sudah bergelar suami, tanggungjawabanya pun akan lebih.
“Saya harapkan dia menjadi lebih matang. Itu harapan dan doa saya,” katanya memetik laporan Projek MMO.
Rahim dan Shuib yang turut bergelar penyampai radio Sinar FM ini juga merupakan rakan terdekat Jep yang diberi peranan sebagai pengapit pada majlis bahagia Jep yang berlangsung pada 25 Februari lalu.
Dalam majlis itu, Jep dan Sari langsung tidak membenarkan mana-mana pihak media untuk membuat liputan mengenai majlis bahagia mereka. –Kedahnews.com