ALOR SETAR - Rakyat negeri Kedah diseru supaya tidak mencontohi sikap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang semalam bertindak biadap menyerbu masuk dan mencemarkan kesucian Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sikap Mahfuz itu ternyata biadap dan sengaja bertindak bodoh mengambil kesempatan untuk mencari publisiti murahan bagi menonjol dirinya yang kian "tenggelam".
"Kita bercakap tentang 'Mahfuz Omar'. Mahfuz Omar ini dia sering membuat perkara-perkara yang bodoh dan mencari publisiti murahan. Apa yang dilakukan Mahfuz semalam merupakan antara publisiti murahan yang dibuat susulan dari siri-siri yang sebelumnya.
"Jika sebelum ini dia mengatakan dirinya mempunyai hubungan terus dengan Sirul (Azhar) dan membuat lagak menelefon Sirul dan sebagainya, maka insiden semalam juga merupakan legasi kesinambungan daripada siri-siri dalam episod lawak beliau di pentas politik," katanya kepada Kedahnews.com, di sini hari ini.
Beliau meluahkan rasa bimbang sekiranya tindakan Mahfuz itu akan mempengaruhi budaya orang Kedah untuk mengenepikan sikap sopan dan berbudi bahasa yang kaya di kalangan masyarakat di negeri ini.
Justeru itu, kepimpinan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Kedah bersama sayap-sayap parti komponen Barisan Nasional (BN) Kedah berhimpun pagi ini membuat satu laporan polis terhadap tindakan tidak sopan Mahfuz yang dianggap menceroboh serta mencemar Dun Kedah.
Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy turut kesal dengan tindakan Mahfuz yang dilihat sengaja mengambil alih tugas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang, Romaini Wan Salin, untuk membawa isu berkenaan untuk dibincang bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Sindir Shaiful Hazizy, Mahfuz merupakan anggota parlimen sepatutnya tahu bahawa isu membabitkan isu tanah TOL di Kampung Baru di Bukit Pinang itu sepatutnya dibawa oleh Romaini dan bukan mengambil kesempatan menenggalamkan Adun PAS tersebut.
"Tempatnya di Parlimen, bukan di Dewan Undangan Negeri Kedah. Walaupun dewan sudah tamat, ia bukanlah satu lesen bagi sesiapa untuk masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri.
"Sepatutnya, Adun Bukit Pinang (Romaini Wan Salin) yang bawa isu ini ke dalam sidang Dun. Tapi kenapa Mahfuz cuba menjadi 'hero' dan menyerbu masuk ke dalam Dewan?," katanya mempertikai tindakan ahli parlimen itu.
Mengulas mengenai isu yang cuba dijuarai Mahfuz itu, Shaiful Hazizy menjelaskan bahawa ia sebenarnya sudah sampai ke peringkat rundingan di antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan penduduk-penduduk terbabit yang melibatkan pemberian pampasan.
Katanya, Mahfuz walau bagaimanapun bagai terdesak dan cuba mengambil kesempatan bagi kepentingan politik beliau untuk menonjol di kalangan rakyat di kawasan Pokok Sena dengan mempergunakan isu ini bagi meraih publisiti.
Justeru itu, Ketua Pemuda UMNO Merbok itu menyarankan Mahfuz supaya lebih ikhlas dan bertanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan yang diwakili, serta tidak menangguk di air yang keruh dengan mempergunakan untuk mempopularkan dirinya.
"Berkhidmatlah di kawasan sendiri dan lunaskan janji-janji di Parlimen Pokok Sena. Jalankanlah tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen yang sebenar. Jangan cari publisiti murahan atau mencari 'tauke-tauke' baru.
"Dia sendiri tidak diterima dalam PAS, saya rasa tindakan semalam lebih kepada mencari publisiti murahan dan mencuri perhatian pihak-pihak tertentu," ujar beliau.
Berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Mahfuz itu, Shaiful Hazizy menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya dan memastikan sikap Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak menjadi ikutan orang ramai pada masa akan datang.
"Kita mahu ia menjadi pengajaran kepada Mahfuz dan pihak yang mahu cari publisiti murahan sepertinya, dapat melihat dengan jelas amaran untuk tidak mencemar kesucian Dewan Undangan Negeri pada masa akan datang," tegas beliau. - Kedahnews.com