NASIB tidak menyebelahi pelakon Redza Rosli apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Selangor, baru-baru ini.
Menurut Redza, kemalangan itu berlaku ketika dia berada di set pengambaran drama bersiri Ku Kirim Cinta bersama Ayda Jebat.
Tambahnya, dia hanya mengalami kecederaan kecil di peha kanannya dan dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang parah.
“Alhamdulillah, kecederaan saya tidak begitu teruk, cuma saya masih berasa sakit di peha kanan walaupun sudah empat hari kemalangan itu berlaku.
“Walau bagaimanapun, doktor akan melakukan pemeriksaan susulan termasuklah pemeriksaan x-ray bagi mendapatkan kepastian,” kata Redza, memetik laporan mStar.
Jelasnya, dia bernasib baik kerana sempat mengelak dari melanggar seorang pelakon yang lain namun dia terjatuh pada ketinggian lebih kurang lima kaki. – Kedahnews.com