Suami Robiah, Sulaiman Mat Isa |
PENDANG – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah gambaran ketabahan seorang isteri menggunakan kudrat yang ada untuk menjaga kebajikan suami yang terlantar akibat strok.
Robiah Ahmad, 64, sentiasa berada di sisi suaminya, Sulaiman Mat Isa, 67, yang tidak dapat lagi menguruskan diri sendiri sejak lima tahun lalu.
"Saya yang uruskan suami termasuk menyuapkan makanan, mandi dan sebagainya," katanya.
Menurutnya, pada mulanya suaminya terjatuh dari pokok Cempedak namun tidak menunjukkan sebarang masalah dan hanya sakit belakang.
"Selepas beberapa bulan sakit, suami secara tiba-tiba diserang strok dan menyebabkan dia tidak dapat berjalan," katanya.
Robiah yang menjana pendapatan dengan menoreh getah terpaksa meninggalkan suami seorang diri apabila hendak ke kebun.
"Sebelum ke kebun saya akan suapkan suami makan dan minum selain berpesan supaya dia tidak bangun dari katil.
"Alhamdulilah dia faham. Saya risau dia akan terjatuh sekiranya cuba untuk bangun," katanya.
Ibu kepada empat orang anak itu berkata, anak-anaknya sudah berkahwin dan hanya bekerja kampung.
"Tidak bolehlah mengharapkan ihsan anak-anak, mereka pun kerja kampung sahaja dan ada tanggungjawab masing-masing," katanya.
Robiah berkata, setiap bulan suaminya perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan memandangkan tidak memiliki kenderaan, dia meminta bantuan jirannya yang prihatin dengan nasib mereka.
"Saya terpaksa berjimat cermat menguruskan keperluan suami. Lampin pakai buang hanya dipakaikan pada waktu malam sahaja. Waktu siang saya akan papah ke tandas atau menadah bekas di katilnya," katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Robiah (013-5953217) atau menyumbang ke akaun Sulaiman Mat Isa, Bank Simpanan Nasional (0211229000170668).
Sumber: Sinar Harian