KUALA NERANG – Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina berhampiran Taman Belimbing di sini dijangka siap dan boleh diduduki pada awal tahun hadapan, kata Anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata dengan siapnya rumah itu nanti, keluarga yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 mampu memilikinya.
“Ini merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya anak-anak muda untuk memiliki rumah.
“Ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah dapat memiliki rumah sendiri dan selesa,” kata Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan ketika melawat tapak perumahan itu, semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim serta Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap Fathullah Suhaimi.
Beliau berkata PPR tersebut yang dibina dengan kos RM46 juta dan terletak tidak jauh dari pekan Kuala Nerang sudah 40 peratus siap.
“Terdapat 286 unit rumah disediakan dengan harga setiap unit antara RM150,000 dan RM160,000.
“Namun kerajaan memberi subsidi sebanyak 75 peratus daripada harga sebenar,” katanya.
Mengulas perkembangan lain, Mahdzir yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO menyifatkan kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang bersedia untuk bertanding di kawasan lain pada pilihan raya umum akan datang membuktikan DAP terlalu berkuasa dalam pakatan pembangkang.
“DAPlah yang mendominasi pakatan ini dan parti-parti lain perlu ikut kata mereka. Contoh lain apabila Presiden PPBM (Parti Pribum Bersatu Malaysia) Tan Sri Muhyiddin Yassin cadangkan nama Barisan Rakyat dan DAP tak bersetuju pada keesokan harinya, semuanya kembali senyap dan nama Pakatan Harapan terus dikekalkan.
“Lim Kit Siang telah menunjukkan kuasa dan boleh mengumumkan untuk bertanding di mana sahaja dan beliau tidak langsung memikirkan nasib rakyat di kawasan yang dimenanginya,” kata Mahzdir. – BERNAMA