Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mengakui tidak pernah terfikir untuk bergelar jutawan apabila terus berusaha meraih kejayaan dan kegemilangan dalam acara sukan yang diceburinya sejak 10 tahun lalu.
Mohd Azizulhasni yang meraih kejuaraan di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong pada Khamis lepas berkata, perjuangan dalam sukan berbasikal yang masih diteruskan sehingga kini tidak ada kena-mengena dengan 'ganjaran'.
"Saya aktif dalam sukan basikal, kalau untuk jadi jutawan mungkin saya akan tukar sukanlah, main bola sepak atau badminton...tapi saya dalam sukan ini kerana minat.
"Kalau tengok dalam kalangan pelumba basikal senior, hanya saya seorang yang tinggal, tapi saya masih meneruskan perjuangan di peringkat dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program inisiatif sukan AirAsia #daretodream di ibu pejabat AirAsia di sini, Isnin.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar.
Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' ini bagaimanapun berkata, beliau sentiasa percaya bahawa ganjaran akan menyusul selepas mencipta kemenangan atau pencapaian.
"Macam sekarang AirAsia tengok pencapaian saya yang memberi insipirasi kepada seluruh rantau, jadi mereka ambil saya jadi duta untuk program #daretodream.
"Benda-benda ini akan datang kemudian, saya percaya, kita hanya perlu beri persembahan terbaik," katanya.
Mohd Azizulhasni berkata, beliau kini mahu memberikan tumpuan penuh untuk mencapai impian merangkul pingat emas Olimpik Tokyo pada 2020.
"Saya lebih fokus untuk mencapai impian, saya ada senarai yang nak dicapai iaitu gelaran juara dunia dan pingat emas Olimpik.
"Satu (impian) saya dah dapat dan kini ada satu lagi (Olimpik 2010), saya tak fikir soal wang ringgit atau ganjaran, ia satu bonus," katanya.
Dalam pada itu beliau turut mengakui kurang memberi tumpuan untuk mengejar ranking terbaik dunia.
Pelumba berusia 29 tahun itu yang kini berada di ranking ke-13 dunia berkata, beliau tidak banyak menyertai kejohanan utama dunia untuk memberi fokus dalam usaha meraih gelaran dunia yang telah dimenanginya.
"Selepas menang gelaran ini, mungkin ranking saya akan naik tapi bukan nombor satu. Selepas ini saya akan berusaha mengumpul mata tetapi fokus utama tetap diberikan untuk menang gelaran dan pingat emas Olimpik," katanya.
Pada perlumbaan akhir berlangsung di Velodrom Hong Kong itu, Mohd Azizulhasni mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata yang meraih pingat perak, manakala Tomas Babek dari Republik Czech memenangi gangsa dalam acara Keirin.
Untuk rekod, Mohd Azizulhasni memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark, selain memenangi dua gangsa di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara Keirin.
Sumber: mStar