SERING dikatakan sedang bercinta dengan Azrel Ismail, Ruhainies akhirnya memberitahu hubungan sebenar antara mereka berdua.
Menurut Ruhainies, sukar baginya menerima Azrel sebagai teman hidup kerana Azrel hanya bergelar seorang teman rapat dan tidak lebih daripada itu.
“Jujur kalau saya bercinta dengan dia, saya akan beritahu kepada semua. Tetapi yang sebenarnya tidak.
“Dia dalam kelompok friend zone saya sebab saya hanya anggap dia sebagai kawan. Dia juga tahu tentang ini,” katanya memetik mStar.
Tambah pelakon berusia 25 tahun itu, dia mengenali Azrel sejak tahun 2015 dan aktor itu lebih layak memiliki wanita yang lebih baik darinya.
“Azrel seorang lelaki yang baik. Dia juga merupakan seorang yang gentleman.
“Dia mempunyai perilaku yang baik, jadi dia layak mendapat wanita yang lebih baik,” tambah Ruhainies.
Mengulas tentang kisah ‘cinta’nya bersama Azrel yang sering diperkatakan, Ruhainies mengakui dirinya berasa risau ia akan menjejaskan namanya sebagai pelakon yang semakin dikenali.
“Saya risau gosip tentang kami, nanti apa pula yang terjadi jika saya kahwin dengan orang lain.
“Tapi buat masa ini saya belum bersedia untuk berkahwin kerana mahu fokus pada kerja. Julai akan datang baru genap dua tahun saya dalam industri ini. Masih terlalu awal,” katanya. –Kedahnews.com